TIP TIDUR BERKUALITI
Tips Tidur Berkualiti :
- Perhatikan ukuran katil, apakah cukup besar? Pastikan tempat tidur cukup luas.Katil yang memenuhi syarat, tidak terlalu empuk, kerana boleh menyebabkan sakitpunggung. Juga tidak terlalu kaku kerana menyebabkan sakit pada leher dan bahu.
- Bantal berkualiti rendah boleh menganggu tulang belakang. Pilihlah yang padat empuk. Alas kepala yang nyaman memberikan tekanan tepat kepada kepala sehingga perjalanan darah bergerak lancar.
- Kamar tidur untuk tidur sahaja, tidak untuk bekerja. Jadi, jangan sesekali membuat kerja di tempat tidur.
- Usahakan jadual makan, tidur, bangun yang teratur.
- Jangan menonton filem aksi atau menyedihkan menjelang tidur.
- Hentikan merokok. Kalau sukar, kurangkan pengambilan rokok pada malam hari. Nikotin dalam rokok dapat menghilangkan rasa mengantuk. Jauhkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, paling tidak empat jam sebelum tidur. Kalau terasa lapar, ambil pisang yang mengandungi asid amino tryptophan.
- Hati-hati dengan ubat selsema yang mengandungi phenylpropanolamine atau perangsang lain yang dijual bebas di pasaran. Kesukaran untuk tidur ada kalanya kesan sampingan dari ubat.
- Hindari juga minuman beralkohol, terutamanya malam hari. Sebab minuman itu menyebabkan kita terbangun di malam hari dan boleh menyebabkan insomnia.
- Teknik relaksasi, meditasi, yoga atau mendengar rakaman suara ombak atau alunan muzik yang menenangkan boleh membantu mendapatkan tidur yang nyaman. Relaksasi otot progresif sangat tepat menjelang tidur. Pejamkan mata dan santaikan badan mulai dari hujung jari kaki. Lakukan terus sampai anda mampu merelakskan seluruh tubuh hingga ketegangan menurun.
- Kalau tidak boleh tidur, jangan memaksa. Semakin dipaksa, semakin sukar. Jika tidak mengantuk, sama sekali tinggalkan tempat tidur. Lakukan sesuatu yang tidak menegangkan sehinggalah anda terasa mengantuk.
- Hindari terlalu lama tidur pada waktu siang. Jangan menebus tidur yang terasa kurang. Jangan bimbang biarpun berkali-kali tidur kurang dari 8 jam.
- Selain tu, hindari bunyi bising atau menggunakan lampu yang terlalu terang.
Leave a comment