METROSEKSUAL

Dalam beberapa tahun belakangan, para lelaki mulai berfikir dan bertindak dengan lebih menonjolkan aspek feminin pada dirinya. Arus perubahan ini yang dikenali dengan istilah metroseksual, bagaikan anjakan paradigma bagi seseorang lelaki untuk lebih menonjolkan dirinya. Penampilan telah menjadi suatu perkara yang penting dan wajib bagi lelaki metroseksual dan mereka tidak mempedulikan kos yang akan dikeluarkannya nanti.

Lelaki metroseksual bukanlah lelaki homoseksual kerana mereka adalah lelaki sejati yang memiliki keluarga yang bahagia. Mereka sebenarnya adalah lelaki yang mengagumi dirinya sendiri atau biasanya disebut narsistik. Mereka akan bangga jika lingkungan sosialnya membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya.

Siapakah gerangannya lelaki metroseksual ini?

Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai ‘gay’.

Jangan buat andaian yang bukan-bukan! Sebenarnya, 'lelaki metroseksual' ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki 'bukan metroseksual' yang lain. Seksualiti mereka dinilai dari segi perwatakan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang imej dan gaya, seperti kaum perempuan.

Kebanyakan lelaki 'urban' jenis ini tidak lagi mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di tepi-tepi jalan, kerana mereka lebih gemar memilih penatarias profesional untuk memotong rambut mereka.

Jika kaum perempuan begitu teliti tentang pemilihan sabun pencuci muka, golongan metroseksual ini juga sama. Mereka tidak akan sekali-kali mencuci muka mereka dengan sabun badan! Menurut beberapa sumber, lelaki metroseksual amat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga 'kecantikan' mereka seperti kaum perempuan juga!

Ramai berpendapat, lelaki metroseksual bukanlah lelaki sejati yang gagah. Lelaki metroseksual sering saja dianggap 'lembut'. TIDAK! Mereka juga sama seperti lelaki-lelaki lain. Maskuliniti tidak semestinya menggambarkan ciri-ciri kejantanan seseorang lelaki kerana ia lebih tergambar dari gaya hidup dan karektor pembawakan diri masing-masing.