POSTUR BADAN ANDA
Postur ialah cara bagaimana kita membawa diri ketika sedang duduk, berdiri, berjalan atau sebagainya. Ia amat berkait rapat dengan struktur tulang, otot-otot dan juga peredaran darah. Postur yang elok boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:-
- Makanan yang seimbang
- Tidur yang cukup
- Bijak mengangani stres
- Mengambil langkah menjauhi penyakit
Postur ketika duduk
Gambarajah dibawah menunjukkan postur yang betul ketika anda sedang duduk. Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.
Postur ketika berdiri
Ketika berdiri, bahagian badan dari kepala ke kaki mestilah berada pada garisan yang lurus seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Gambarajah di sebelah kanannya pula menunjukkan postur badan yang tidak betul dimana postur begitu akan memberi beban kepada tulang belakang anda.
Postur ketika berjalan
Ketika berjalan, postur badan kamu adalah sama ketika kamu berdiri. Yang membezakannya adalah kamu bergerak. Ketika bergerak, kaki kamu mestila menghala ke hadapan. Dan ketika meletakkan kaki, mestilah didahului dengan tumit.
Untuk imbangan badan, setiap langkah kamu mestilah betul-betul di tengah graviti setiap langkah. Langkah yang terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3. Kamu juga boleh berjalan seperti ditunjukkan dalam rajah 1 dan 2. Tetapi imbangan badan kamu tidak berada dalam kondisi yang paling baik. Postur berjalan dalam rajah 4 adalah yang paling buruk dan harusla dijauhi.
Leave a comment