>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

ASAS PENJAGAAN KULIT MUKA

posted in , at 3:24 PTG





















Pembersih muka
Anda perlu mencari pembersih yang memberi respond yang baik terhadap kulit anda dan sentiasa menggunakannya
Elakkan membersih muka menggunakan sabun kerana akan menyebabkan kulit kering. Pilih pembersih  jenis krim jika anda mempunyai kulit kering atau pembersih jenis gel jika anda mempunyai kulit berminyak.
Jangan membersih muka dengan kerap, sebaik-baiknya 2-3 kali sehari pada waktu pagi dan petang atau malam.












Pengelupasan (Scrub)
Pengelupasan adalah rawatan yang selalu ditinggalkan dalam rutin mingguan penjagaan kulit. Tapi percayalah, jika anda melakukan pengelupasan pada setiap minggu, anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit anda dengan segera. Salah satu sebab kenapa lelaki kulit tampak lebih muda daripada perempuan adalah kerana kulit lelaki cenderung mengelupas ketika aktiviti mencukur dilakukan.
Ada beberapa cara untuk pengelupasan kulit iaitu butiran mikro (scrub), pengelupas kimia dan retinoid.

Scrub berkesan untuk menanggalkan  lapisan atas sel-sel kulit mati yang cenderung  menyebabkan kulit anda kusam. Kami mendapati pengelupasan kulit sekali seminggu dengan butiran mikro kulit dapat mengekalkan kulit yang berseri. Pastikan anda menggunakan scrub dengan butiran kecil kerana  butiran scrub yang besar dapat merosakkan  kulit.











Pelembab
Asas kecantikan dan kesihatan kulit adalah pelembab.Tanpa mengira jenis kulit muka sama ada normal, kering, berminyak atau kombinasi, semua  juga memerlukan pelembab. Kecuali kulit muka yang mengalami masalah jerawat sahaja harus dielakkan menggunakan pelembab













Pelindung Matahari (Sun protection)
Pakar kecantikan dan dermatologists mengatakan pelindung matahari merupakan bahagian terpenting daripada rejimen penjagaan kulit anda.
 Penyebab kedutan dan pigmentasi  pada wajah  disebabkan kerosakan akibat sinar matahari, jadi penting untuk menggunakan pelindung matahari dari awal bahkan pada musim sejuk atau hari mendung.  Ketika memilih pelindung matahari, pastikan ia mengandungi Mexoryl  atau Helioplex.



About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment