>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

PAKAIAN TEMUDUGA UNTUK LELAKI

posted in , at 11:59 PG

Pakaian temuduga lelaki
 

Penampilan seperti cara berpakaian dan kebersihan diri memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang daripada kaca mata orang lain.


Faktor itu juga memberi makna kepada penemu duga yang memerhatikan cara anda menampilkan diri, apatah lagi jika seseorang bakal menjadi eksekutif atau kakitangan di organisasi mereka.


Penampilan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan, di samping menggambarkan anda sebagai pekerja yang mementingkan penampilan. Keselesaan cara mengenakan pakaian juga amat penting kerana sekiranya pakaian tidak selesa, terlalu ketat dan tidak sesuai ia akan mengganggu anda.


Terdapat individu yang mengambil inisiatif dengan membeli pakaian baru sebagai persediaan menghadiri temu duga. Namun, masih ada yang tidak mengambil kisah mengenai perkara ini, mungkin kerana tidak mengetahui peraturan dan etika berpakaian ketika menghadiri temu duga.


Jangan ada lepasan universiti yang menghadiri temu duga hanya berpakaian seluar jeans dan kemeja-T kerana penampilan sebegitu melambangkan beliau tidak tahu tata cara menghadiri temu duga. Berpakaian seperti itu amat tidak sesuai untuk menghadapi temu duga.


Bagi yang tidak mengambil peduli perkara itu, mereka harus sedar bahawa pandangan pertama panel penemu duga amat penting dalam menentukan sama ada anda berjaya atau gagal dalam sesuatu temu duga.


Bagaimanakah sepatutnya seorang lelaki mengenakan pakaiannya? Ini antara persoalan yang perlu diberi perhatian oleh bakal pencari kerja seperti anda. Berikut panduan berpakaian yang boleh dimanfaatkan oleh bakal pencari kerja lelaki:




Kemeja


Untuk ke tempat temu duga, anda harus mengenakan kemeja berlengan panjang kerana ia sesuai dengan tali leher. Warna kemeja yang sesuai untuk anda pakai ialah putih dan cerah, walaupun masing-masing mempunyai cita rasa dari segi corak dan warna peribadi.


Warna putih dan tona cerah juga sesuai jika dipakai dengan kot hitam atau gelap. Kemeja hendaklah digosok supaya menampakkan kekemasan dan kesegakan anda.



Tali leher


Pemakaian tali leher amat dititikberatkan ketika menghadiri temu duga. Penampilan kurang lengkap jika tidak mengenakannya.


Pemilihan tali leher harus bertentangan dengan warna baju dan mempunyai hujung yang tajam. Apabila dipakai, bahagian hujung tali leher mestilah pada aras kepala tali pinggang.


Jika berhasrat menggunakan pin tali leher, gunakan yang sesuai dan warna yang berkilat untuk menambahkan kekemasan anda. Pin tali leher hendaklah disematkan pada tali leher dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah kocek baju. Jika mengenakan kot, pin itu harus berada separas pada bahagian atas kocek baju.


Seluar panjang


Seluar panjang anda hendaklah selesa dipakai ketika menghadiri temu duga. Seluar yang ditempah di kedai sesuai kerana ia diukur mengikut bentuk badan anda. Gunakan seluar yang berwarna gelap dan tanpa corak supaya mudah dipadankan dengan baju, stokin dan kasut. Seluar juga perlu digosok supaya lebih kemas.


Elakkan daripada mengenakan seluar jeans atau corak yang berkotak-kotak untuk menghadiri temu duga kerana ia amat tidak sesuai. Perlu diingat, anda ke tempat temu duga kerja, bukannya ke tempat awam atau bermain golf.   
 
 

Tali pinggang


Ketika ke tempat temu duga, anda boleh mengenakan tali pinggang daripada jenis kulit, manakala kepalanya jenis yang kecil dan berbentuk empat segi tepat. Tali pinggang harus dikilatkan supaya kelihatan kemas dan cantik. Sebaik-baiknya warna gelap dan sewarna dengan warna kasut. Anda tidak perlu mengenakan tali pinggang jika seluar tidak mempunyai ruang pengikatnya.


Sapu tangan


Jangan lupa untuk membawa sapu tangan. Ia amat berguna ketika anda berpeluh. Kemungkinan apabila anda dalam keadaan tertekan atau gugup sebelum atau ketika temu duga, peluh akan mengalir keluar. Sudah tentu sapu tangan amat membantu anda. Sapu tangan juga dapat mengeringkan tapak tangan selepas membasuhnya di tandas.


Lounge suit


Anda juga boleh mengenakan lounge suit ke tempat temu duga. Apabila ingin menempahnya, dapatkan pandangan dan nasihat tukang jahit atau jurujual sebelum membuat keputusan. Anda perlu berhati-hati dari segi memilih jenis kain, warna, corak dan potongan yang hendak ditempah. Apatah lagi kos untuk membuat pakaian itu agak mahal. Warna yang sesuai ialah hitam atau biru gelap. Mengenakan lounge suit ke sesi temu duga akan menambahkan kesegakan dan keyakinan anda dari perspektif penemu duga.


Singlet


Anda juga boleh memakai singlet tanpa lengan dan berwarna putih. Ia amat sesuai bagi yang berbadan kurus dan cepat berpeluh. Dengan memakai singlet dapat mengelakkan baju kemeja anda lembap atau basah akibat berpeluh.
 
 
Kasut
Kasut hendaklah dipadankan dengan tali pinggang yang sama warna dengannya. Untuk temu duga, adalah lebih baik jika warna kasut adalah gelap dan jenis kasut bertali.

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment