>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

JERAWAT - PUNCA DAN PENJAGAAN

posted in , at 10:15 PG

Apakah Jerawat?
Jerawat adalah perkara biasa terjadi pada semua remaja lelaki mahupun perempuan. Ia merupakan keadaan dimana kulit membengkak pada muka, dada atau belakang badan. Kajian menunjukkan di antara 80% - 90 % individu peringkat remaja mempunyai masalah jerawat dan lebih kurang 30% remaja terus mempunyai masalah jerawat sehingga dewasa.




Bagaimana Jerawat Terjadi?
Jerawat terjadi apabila minyak/sebum dan sel-sel kulit mati membentuk gumpalan dan menutupi liang kulit . Gumpalan ini menyebabkan minyak sebum terkumpul di dalam folikel dan memerangkap bakteria P.acnes di dalam folikel. Bakteria tersebut akan tumbuh di dalam gumpalan dan menyebabkan radang dan mengakibatkan jerawat.



Jenis-Jenis jerawat yang paling biasa :
"Whiteheads" - merupakan jenis jerawat yg kekal tinggal di bwh permukaan kulit
"Blackheads" – Jerawat yang timbul ke permukaan kulit dan kelihatan kehitaman. Warna kehitaman bukan disebabkan kotoran.
Papul - Ia merupakan bonjolan kecil bewarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh
Pustul - Jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas
Nodul - Ia merupakan jerawat yang besar, menyakitkan dan padu.Ia terbentuk di bahagian dalam kulit.
Sista - Ia merupakan jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan yang boleh meninggalkan parut.



Punca Jerawat
Banyak kajian yang menyatakan masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.

Hormon yang dimaksudkan adalah hormon testosteron. Hormon ini akan ditukarkan kepada ‘dihidrotestosteron' di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik. Individu yang sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan.


Berikut adalah antara cara-cara penjagaan kulit sekiranya anda mempunyai jerawat:

Bersihkan muka dengan lembut. Gunakan pembersih yang lembut pada waktu pagi, malam dan selepas aktiviti berat. Menyental kulit tidak membantu menahan jerawat malah ia mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

Cuba elakkan dari menyentuh kulit anda. Tindakan memicit, mecubit dan mengupas jerawat akan menyebabkan jerawat berparut atau meninggalkan kesan kehitaman pada kulit.

Bercukur dengan berhati-hati. Jika bercukur, anda boleh gunakan samada pencukur elektrik ataupun pisau pencukur. Untuk keselamatan gunakan pisau pencukur yang tajam. Lembutkan rambut dengan sabun dan air sebelum menyapu krim pencukur. Bercukurlah dengan berhati-hati dan hanya apabila perlu.

Elakkan terdedah pada sinaran matahari. Kebanyakan ubat jerawat boleh menyebabkan pengguna lebih mudah mendapat kesan terbakar (sunburn). Berada terlalu lama di bawah sinaran matahari juga boleh menyebabkan kulit berkedut dan terdedah kepada risiko kanser kulit.

Pilihlah barangan kosmetik yang tidak berminyak. Pastikan perkataan tidak berkomodogenik pada label barangan kosmetik anda. Ini bermaksud alat solek berkenaan tidak menutupi liang-liang roma anda.

Jangan tukar produk pembersihan muka secara kerap. Gunakan yang sesuai dengan kulit muka anda sahaja.


Cara Mencegah

1.Jaga kebersihan wajah
Orang yang memiliki jenis kulit berminyak memang lebih cenderung berjerawat. Untuk itu pilihlah pembersih wajah yang sesuai, yang umumnya mengandungi alkohol. Tapi, jika kulit wajah normal atau sensitif disarankan memilih pembersih wajah yang tidak mengandungi alkohol.
Bersihkan wajah dua kali sehari. Jika memakai mekap wajah, bersihkan wajah secara menyeluruh sebelum tidur supaya tidak menyumbat pori-pori kulit.

2.Memakai masker
Pilih masker wajah yang khusus untuk menanggal kotoran wajah secara mendalam, atau purifying mask. Masker ini biasanya mengandungi bahan lumpur (mud mask) atau tanah liat (clay mask) yang efektif untuk menanggal kotoran serta minyak di wajah. Anda juga boleh memilih masker wajah yang mengandungi bahan aktif pembasmi jerawat alias medicated mask.

3.Pengambilan vitamin
Ambillah makanan yang banyak mengandungi vitamin A (agar kulit tidak berisisik, banyak terdapat pada sayuran hijau dan buah), vitamin C (antioksidan, banyak terdapat pada tomato, betik, jambu, belimbing), dan vitamin E (mencegah gangguan regenerasi pada kulit, banyak terdapat pada sayuran, kekacang, dan biji-bijian)

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment