>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

TIP MEMILIH JURULATIH KECERGASAN PERIBADI

posted in at 3:22 PTG



Kebelakangan ini, ramai di antara kita yang meminati bidang kecergasan lalu ia dijadikan satu bidang pekerjaan yang sangat popular. Jurulatih peribadi merupakan salah satu jawatan yang makin mendapat perhatian masyarakat. Seolah-olah sesiapa sahaja boleh menyandang jawatan tersebut, asalkan mempunyai badan yang tegap, sasa dan berotot, ia menjadi tiket untuk mencari rezeki melaluinya.
Jangan sesekali anda menganggap semua jurulatih peribadi di mana-mana gim sekalipun layak menyandangnya kerana seperti juga jawatan lain, pastinya ada syarat-syarat dan kelayakan tertentu. Banyak isu dan kes yang melibatkan jurulatih kecergasan terpesong dari tuntutan sebenar jawatan itu. Berdasarkan sumber dari KevinZahri.com, berikut adalah 10 tip untuk anda memilih jurulatih kecergasan terbaik buat anda.

FIZIKAL
Yang pastinya anda perlu mengkaji dan melihat sendiri imej luaran jurulatih tersebut. Dari segi fizikal, sudah pastinya anda boleh mengagak sama ada individu tersebut layak atau tidak. Sekiranya fizikal jurulatih tersebut mencurigakan, ada baiknya untuk anda teruskan mencari yang lain. Aspek fizikal luaran ini penting untuk anda menilai sejauhmana kemampuan mereka.

TANYAKAN SOALAN
Ini ialah strategi utama untuk anda memilih jurulatih kecergasan yang sesuai. Soalan, apa yang perlu ditanya? Tanyakan apa-apa sahaja soalan tidak kiralah sama ada ia melibatkan fitness, gim mahupun kesihatan. Uji minda dan kepakaran individu tersebut menjawab soalan anda. Dan sekiranya ada masa individu tersebut seolah-olah teraga-agak menjawabnya, baik anda lupakan sahaja.

SELIDIK PROGRAM YANG DIJALANKAN
Banyak pusat kecergasan di luar sana ternyata gagal mengemudi program yang dijalankan sehingga melibatkan kecederaan serta kesakitan bagi mereka yang menjalaninya. Disini, anda sendiri perlu mengkaji sendiri sama ada program kecergasan yang disyorkan menepati dengan kesesuaian dan kemampuan diri anda sendiri. Jangan pula kerana terlalu teruja ingin mendapatkan badan yang cantik dan sasa, anda sanggup mengambil risiko. Pilih jurulatih yang memahami daya dan ketahanan tubuh badan anda.

KESERASIAN
Keserasiaan itu amat perlu. Ini tidak bermaksud keserasian dalam perhubungan intim, seksual mahupun peribadi. Cuma, keserasian itu penting bagi anda dan juga jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merasakan jurulatih kecergasan tersebut tidak serasi dengan jiwa dan diri anda, ada baiknya anda berhenti dan mulai cari jurulatih yang lain.

JALANI LATIHAN PERCUBAAN
Jangan takut untuk meminta. Pastinya anda boleh meminta untuk menjalani latihan percubaan terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi anda untuk menilai sejauhmana kemampuan anda terutama sekali jika anda inginkan latihan long-term arrangement. Anda boleh menjalani beberapa latihan dan pada masa yang sama ia amat bagus untuk anda mendapatkan keserasian dengan jurulatih kecergasan tersebut.

Kredit to : Maskulin

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment