>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

TIPS MEMILIH PAKAIAN UNTUK LELAKI BERPOSTUR RENDAH

posted in at 3:33 PTG





Tips Berpakaian Untuk Lelaki Berpostur Pendek


 Penampilan sangat penting untuk jejaka swagger. Bagaimana anda memilih warna, jenis dan model pakaian/busana merupakan sebahagian perkara kecil yang mempengaruhi penampilan anda. Jangan terlalu terpaku dengan  trend yang ada pada masa itu, kerana yang paling penting adalah sejauh mana pakaian tersebut sesuai (match) dengan Anda. Berikut adalah tips bagaimana cara berpakaian yang sesuai untuk lelaki berpostur pendek:


1. Jenis Baju/Celana.
Hindari memakai pakaian yang terlalu besar seperti baju-baju model era 80-an, kerana ini akan menjadikan anda semakin ‘tenggelam’. Pilih baju yang muat dengan badan anda iatu jenis fit to body. Demikian pula halnya dengan celana, pemakaian celana jenis baggy/Cut Bray akan membuatkan anda kelihatan semakin pendek. Pemilihan kemeja  fit to body dan celana regular membuat anda terihat lebih chic dan profesional.


















2. Warna.
 Pilihlah warna-warna yang polos.Pilihan warna yang sesuai adalah daripada warna alam (hitam/putih/coklat) yang merupakan warna standard. Namun anda  boleh juga sesekali memakai warna merah/hijau/kuning sebagai akses penampilan, terutamanya anda yang berkulit cerah. Pada bahagian dalam, hindari pemakaian banyak warna dalam satu baju. Hindari kombinasi pakaian atas gelap (hitam) dan celana terang (putih), hal ini akan menampakkan baju anda membebani kaki anda.




 
















3. Motif.
Motif bergaris lebih sesuai untuk anda dibanding motif abstrak ataupun kotak-kotak dan bulat-bulat. Pilihan kemeja garis menegak (vertical) yang dapat membuat anda nampak lebih tinggi.




 








4. Aksesori.
Tali Pinggang :  Pilih yang berdiameter tidak lebar dengan gasper 
kotak polos berukuran sedang.
Kasut : pilihlah kasut dengan heel sedang, untuk  menampakkan kesan tinggi pada tubuh anda. Hindari penggunaan kasut dengan jenis hujung panjang, kerana tidak sesuai dengan tubuh Anda. 


















Untuk lebih memberikan akses gaya ketika berpakaian formal, anda boleh menggunakan Vest dengan warna hitam/biru/coklat tanpa motif.

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment