>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

TIPS MEMILIH CERMIN MATA MENGIKUT BENTUK MUKA

posted in , at 3:09 PTG















Bentuk muka petak
Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya….
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.




















Bentuk muka bujur sirih
Dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
·         Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.

Bentuk muka Oblong
Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.
Bentuk muka Bulat
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.

Bentuk muka Diamond (Berlian).
Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
  • Frameless adalah pilihan yang sesuai.
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.
Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).

Bentuk muka heart (Hati).
Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.
Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.
Bentuk muka segi tiga.
Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.






About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

2 ulasan on this post

  1. Tanpa Nama

    7 Mac 2012 4:43 PG

    muka petak maskulin....

  2. Tanpa Nama

    3 Julai 2012 10:49 PG

    muka saya kecik je.. bila pakai tudung mesti kembang..cuba mana2 pn xsesuai..

Leave a comment