>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

TIPS HINDARI NAFAS BERBAU

posted in at 9:03 PG

Mungkin ada di kala­ngan kita pernah cuba mendekati gadis, bertanyakan nombor telefon. Segala‑galanya berjalan lancar, anda menghampiri­nya, dia melemparkan senyuman tetapi sebaik sahaja anda membuka mulut, si dia memalingkan muka ke arah lain ‑ tentu anda terfikir, menga­pa si dia berperangai begitu. Mungkin yang tergambar di fikiran anda, kemungkinan disebabkan oleh bau pewangi anda yang menusuk hidung ‑ tetapi ada sesuatu yang mungkin anda ticlak sedar ‑ bau nafas yang tidak menyenangkan. Malah sesetengah nafas berbau agak meloyakan tekak.





Jadi pernahkah anda terfikir untuk melakukan pemeriksaan ‑ mengapa nafas anda berbau. Mungkin selama ini anda beranggapan hanya mereka yang menghidap halitosis ‑ nafas berbau yang kronik sahaja mengalami masalah sedemikian tetapi jika anda ticlak mengambil berat soal kebersihan mulut, anda juga mungkin berde­pan dengan situasi kurang menye­nangkan ini. Cuba atasinya mengikut panduan yang diberikan dibawah.



Kunjungi klinik gigi.

Anda perlu tahu dan kenal pasti apa yang menyebabkan nafas anda berbau. Nafas yang berbau selalunya disebabkan oleh bakteria di dalam mulut. Jadi rajin‑rajinlah ke klinik gigi sekurang‑kurang nya dua kali setahun sebagai rutin membersih dan memeriksa gigi anda. la merupakan langkah awal untuk mernastikan nafas anda sentiasa segar.

Gosok gigi

Lebih kerap anda menggosok gigi, lebih baik untuk kesihatan gigi dan penafasan anda. Gosok gigi sekurang ‑kurang nya dua kali sehari (pagi dan sebelum tidur) bagi mem­buang segala sisa‑sisa makanan yang melekat di celah‑celah gigi. Jika perlu anda perlu menyim­pan berus gigi dan ubat gigi di pejabat. Ini penting jika anda mengambil makan tengah hari yang agak kuat baunya seperti petai atau masakan berempah.

Gosok lidah anda

Mungkin tidak semua boleh melakukannya kerana mengosok lidah boleh membuatkan kita muntah. Tetapi hakikatnya inilah antara cara untuk menghilangkan nafas berbau kerana banyak bekteria dan plak yang melekat di permukaan lidah.

Flos

Ramai yang ticlak tahu betapa pentingnya melakukan flos. Lebih baik lakukannya setiap hari untuk membuang sisa makanan yang terselit di celah gigi yang tidak mungkin tanggal walaupun dengan menggosok gigi. Selalunya sisa yang terselit inilah yang membuatkan nafas anda berbau.

Gunakan cecair pembersih mulut

Setiap kali selepas menggosok gigi, cuba amalkan menggunakan cecair pembersih mulut yang banyak terdapat di pasaran. Selain berfungsi melindungi gigi, ia juga mampu mem­buatkan nafas anda segar sentiasa.

Sentiasa bawa gula‑gula

Ini merupakan langkah paling mudah untuk memastikan nafas anda segar sepanjang hari. Paling baik simpan gula‑gula berperisa pudina dalam kocek seluar anda. Gunakan hanya bila diperlukan.

Elakkan merokok dan minum kopi

Cuba kurangkan merokok dan meminum kopi. Selain itu kurangkan juga mengambil makanan yang boleh menjejaskan pernafasan seperti bawang putih, Piza dan makanan berempah terutama jika anda ingin membuat temu janji.

Bernafas melalui hidung

Salah satu sebab nafas berbau ialah kekurangan air liur (mulut ke­ring). Jadi cubalah bernafas melalui hidung bagi mengelak mulut anda kering dan berkerak.

Minta bantuan rakan

Jika anda tidak pasti apakah nafas anda berbau, dapatkan bantu­an rakan rapat atau keluarga anda. Minta mereka memberi komen yang ikhlas apakah nafas anda berbau atau tidak. Bukan apa lita tidak dapat memastikan mulut kita berbau kecuali orang yang beritahu

Jumpa pakar

Nafas berbau juga sering dikaitkan dengan penyakit‑penyakit seperti stress, masalah perut dan sebagainya. Lakukan perneriksaan­ untuk menentukan sama ada bau nafas anda berpunca daripada masalah ini.

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment