>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

MITOS JERAWAT

posted in at 12:15 PTG


Mitos mengenai Jerawat




Mitos 1: Jerawat terjadi kerana kurang penjagaan kebersihan
Sekiranya anda mempercayai kenyataan ini, pastinya anda akan menyental kulit wajah anda dengan kuat ketika membersihkanya. Tahukah anda, tindakan anda akan makin memburukkan keadaan? Jerawat tidak berpunca dari kekotoran atau minyak pada permukaan kulit.
Anda tidak seharusnya menggosok kulit muka anda dengan kuat, kerana ini akan mengakibatkan keradangan pada kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan membersihkan wajah dengan gosokan lembut sebanyak 2 kali sehari. jika perlu, gunakan produk jerawat yang sesuai dengan kulit muka anda.








Mitos 2: Jerawat kerana makanan.
Kajian saintifik telah membuktikan pertumbuhan jerawat langsung tidak berkaitan dengan pengaruh makanan. Makanan seperti kacang, coklat, atau makanan berminyak yang lain tidak menyebabkan jerawat. Bagi yang terlalu percaya dengan mitos ini, mereka telah menyekat selera makanan mereka kerana perkara ini. Sekiranya masalah jerawat dirawat dengan betul, pengambilan apa saja jenis makanan tidak akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat.




 

Mitos 3: Tekanan hasil jerawat
Tekanan yang dialami bukan faktor yang menyebabkan jerawat. Tekanan teruk yang dirawat dengan pengambilan ubat boleh merangsang pertumbuhan jerawat. Jerawat mungkin tumbuh kerana kesan sampingan ubat tersebut. sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat selepas mengambil sebarang pil atau ubat, ada baiknya anda merujuk masalah ini kepada pakar.





Mitos 4: Makan Coklat, Tumbuh Jerawat!
Sama sekali tidak benar. sebuah penyelidikan oleh sekolah perubatan Universiti Missouri menunjukkan amalan memakan coklat tidak mempengaruhi pertumbuhan jerawat.




Mitos 5: Alkohol mengeringkan jerawat.
Alkohol kadangkala berkesan mengurangkan jangkitan kedua dari luka yang terbuka. Walaubagaimanapun, ia boleh membuatkan kulit anda kering, menjana lebih banyak sel-sel kulit kering, dan seterusnya menghasilkan lebih banyak liang-liang roma tersumbat. Ini akan mengakibatkan lebih banyak jerawat jika alkohol ini di sapu pada permukaan kulit.

About Author

Nhamnganhanh

This is template SimplexBuzz .

0 ulasan on this post

Leave a comment