>img src="http://ikonmetro.blogspot.com/p/metroseksual.html" />

TIPS MEMAKAI MINYAK WANGI

posted in at 12:58 PTG

 


Minyak wangi sangat disukai oleh para lelaki yang ingin tampil berkeyakinan dalam setiap aktivitinya.
Minyak wangi dapat meningkatkan kepercayaan diri, sekaligus akan meningkatkan penampilan seseorang secara keseluruhan.
Pelbagai aroma yang terkandung dalam minyak wangi seperti aroma buah-buahan atau bunga-bungaan.



Pemilihan  minyak wangi sebaiknya perlu disesuaikan dengan situasi. Sebaiknya gunakan  minyak wangi yang aromanya lebih kuat dan berat pada waktu malam dan aroma yang ringan dan segar pada waktu siang. Kesegaran aroma parfum akan bertahan lebih lama di tubuh jika disemburkan pada tempat yang betul.
Biasanya aroma minyak wangi akan bertahan lebih lama jika disemburkan pada titik nadi. Ini kerana titik-titik tersebut lebih hangat suhunya berbanding di bahagian tubuh yang lain sehingga aromanya tetap harum walaupun seharian melakukan aktiviti.


Ada beberapa tips memakai minyak wangi yang harus anda ketahui iaitu:
  • Pakai minyak wangi di bahagian 3 titik nadi tubuh iaitu di bahagian pergelangan tangan, bahagian dalam siku, dan juga bahagian belakang lutut.   
  • Setelah itu biarkan cairan minyak wangi meresap pada kulit. Jangan digosok, kerana boleh mengubah aromanya.

  •   Jika minyak wangi anda jenis spray, sebaiknya sembur pada  jarak sekitar 30 cm. Itu akan membuat penyebaran minyak wangi merata

  • Ketika menyemburkan minyak wangi, elakkan terkena eksesori perhiasan seperti rantai, cincin dan jam. Ini kerana alkohol yang terkandung dalam minyak wangi dapatkan eksesori tersebut.
  • Gunakan minyak mandi selepas mandi kerana pada masa itu pori-pori kulit terbuka dan dapat menyerap wangian yang digunakan. 


Selain itu simpan minyak wangi di tempat yang terhindar daripada sinar matahari atau panas. Ini kerana kepanasan dapat mengakibatkan parfum menguap dan lama kelamaan aromanya hilang.


      About Author

      Nhamnganhanh

      This is template SimplexBuzz .

      0 ulasan on this post

      Leave a comment